BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Thursday, August 11, 2011

[FAKTA] Cacing Yang Hidup Di Dalam Mata



Tak terbayang betapa ngerinya apabila seekor cacing hidup (Parasit) dikeluarkan dari mata seorang peasikit yang berusia 82 tahun ini. Pesakit yang dikenali dengan nama RS Thiruvananthapuram, dari India ini kerap kali mengeluhkan matanya sakit, berair, kemerahan serta ada sesuatu yang bergerak sebelum parasit ini dikeluarkan dari matanya.

Loa Loa filaria merupakan sejenis cacing parasit yang hidup di pada bendalir tubuh terutamanya mata. Pesakit yang menghidapi gejala-gejala seperti yang disebutkan tadi, perlulah berjumpa dengan doktor bagi mengeluarkannya kerana sekiranya tidak, ia boleh memudaratkan mata anda (boleh menjadi buta). Cacing ini disebarkan/dibawa melalui darah iaitu melalui lalat dari spesies Crysops silaceae dan C Dimidiataserta serta gigitan nyamuk khususnya dari spesies Aedes, Anopheles,dan Culex. Apabila ia barada dalam tubuh manusia, telur cacing tadi menjadi larva dan berkembang menjadi cacing yang hidup dalam bendalir tubuh seperti mata, bendalir tulang belakang, urine, dan apa saja yang mengalir.

Nama Penyakit: Loa loa filariasis, loaiasis, Calabar swelling(Fugitiveswelling), Tropical swelling dan Afrika eyeworm
Jangka Hayat: 4-17 tahun
Parasit ini mudah dijumpai dikawasan hutan zon khatulistiwa yang sering mengalami hujan purata yang banyak terutamanya di kawasan Afrika
Munk: Setakat ini, tiada kes dilaporkan di Malaysia. Walaubagaimanapun, mencegah lebih baik daripada mengubati. Jadi sama-samalah kita jaga kebersihan yer :fake_smile:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pNd:eeeeeee...ngerinyeee tengokk.....sama2 laa kite jaga kesihatan k....


0 comments: