BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Thursday, August 11, 2011

[FAKTA] Cacing Yang Hidup Di Dalam Mata



Tak terbayang betapa ngerinya apabila seekor cacing hidup (Parasit) dikeluarkan dari mata seorang peasikit yang berusia 82 tahun ini. Pesakit yang dikenali dengan nama RS Thiruvananthapuram, dari India ini kerap kali mengeluhkan matanya sakit, berair, kemerahan serta ada sesuatu yang bergerak sebelum parasit ini dikeluarkan dari matanya.

Loa Loa filaria merupakan sejenis cacing parasit yang hidup di pada bendalir tubuh terutamanya mata. Pesakit yang menghidapi gejala-gejala seperti yang disebutkan tadi, perlulah berjumpa dengan doktor bagi mengeluarkannya kerana sekiranya tidak, ia boleh memudaratkan mata anda (boleh menjadi buta). Cacing ini disebarkan/dibawa melalui darah iaitu melalui lalat dari spesies Crysops silaceae dan C Dimidiataserta serta gigitan nyamuk khususnya dari spesies Aedes, Anopheles,dan Culex. Apabila ia barada dalam tubuh manusia, telur cacing tadi menjadi larva dan berkembang menjadi cacing yang hidup dalam bendalir tubuh seperti mata, bendalir tulang belakang, urine, dan apa saja yang mengalir.

Nama Penyakit: Loa loa filariasis, loaiasis, Calabar swelling(Fugitiveswelling), Tropical swelling dan Afrika eyeworm
Jangka Hayat: 4-17 tahun
Parasit ini mudah dijumpai dikawasan hutan zon khatulistiwa yang sering mengalami hujan purata yang banyak terutamanya di kawasan Afrika
Munk: Setakat ini, tiada kes dilaporkan di Malaysia. Walaubagaimanapun, mencegah lebih baik daripada mengubati. Jadi sama-samalah kita jaga kebersihan yer :fake_smile:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pNd:eeeeeee...ngerinyeee tengokk.....sama2 laa kite jaga kesihatan k....


fAKta(bETul kE x nie??) TEKA SILANG KATA

Fakta Menarik Tentang Teka Silang Kata 

Teka-teki silang atau disingkat TTS adalah suatu permainan di mana kita harus mengisi ruang-ruang kosong (berbentuk kotak putih) dengan huruf-huruf yang membentuk sebuah kata berdasarkan petunjuk yang diberikan. Petunjuknya biasa dibagi ke dalam kategori ‘mendatar’ dan ‘menurun’ tergantung arah kata-kata yang harus diisi. Sejarah Pada 2 Disember 1913, Arthur Wynne menerbitkan TTS dalam majalah New York World dengan format seperti yang kita kenal saat ini. Teka-teki ini, yang biasa dilihat di laman web Crossword Tournament, sering disebut sebagai TTS pertama, dan Wynne sebagai penciptanya. TTS kemudian menjadi segmen mingguan di majalah tersebut. Buku kumpulan TTS pertama diterbitkan pada 1924,  oleh Simon and Schuster. Bukunya terbukti laris dan TTS menjadi salah satu permainan yang sangat popular pada tahun 1924. Pada tahun 1970-an di Jakarta terbit “Asah Otak”, sebuah majalah TTS dan berbagai teka-teki lainnya. Penerbitan ini ternyata berjaya sehingga banyak terbitan serupa yang mengikutinya. Di Malaysia Akhbar Utusan Malaysia sering menganjurkan peraduan teka silang kata yang menawarkan wang ratusan ribuan ringgit.  ”



fAKta(bETul kE x nie??) lagi..LamPU ISYarAT

Secara purata,setiap orang menghabiskan selama DUA MINGGU menunggu di LAMPU ISYARAT.”

fAKta(bETul kE x nie??) lagi MORE3......KELatE PUNYerr





Sejarah Cik Siti Wan Kembang


Apabila Sultan Mansur Shah mangkat 1526M (928H), maka putera baginda, Raja Gombak ditabalkan menjadi Sultan dengan gelaran “Sultan Gombak”. Setelah baginda Raja Gombak mangkat, maka cucunda baginda yang telah dijadikan putera angkat, iaitu Raja Ahmad, ditabal menjadi Sultan Kelantan pada 1584M (992H). Dengan gelaran Sultan Ahmad, Baginda telah berkahwin dengan Cik Banun puteri Seri Nara D’Raja, iaitu sepupu kepada Raja Hussein di sebelah isteri Lela Wangsa Pahang. Baginda berdua telah dikurniakan seorang puteri dinamakan Cik Siti Wan Kembang. Baginda Sultan Ahmad mangkat pada 1589M, sewaktu puteri baginda Cik Siti Wan Kembang berusia 4 tahun, dan oleh sebab itu Raja Hussein dari Johor telah dilantik menjadi Pemangku Raja Pemerintah Kelantan. Bila Raja Hussein mangkat pada 1610M (1018H), maka Cik Wan Kembang ditabal menjadi Raja Kelantan. Baginda bersemayam di Gunung Chinta Wangsa, Ulu Kelantan, kira-kira 40 kilometer ke arah Tenggara Kuala Krai.”

Asal Gelaran Cik Siti Wan Kembang.


 Pemerintahan Cik Siti Wan Kembang di Gunung Chinta Wangsa menjadi terkenal menyebabkan banyak dikunjungi oleh pedagang-pedagang dari dalam dan luar negeri termasuk juga orang-orang Arab yang mengelarkan Cik Wan kembang dengan panggilan “Paduka Cik Siti”. Dari situ baginda lebih dikenali dengan nama ‘Cik Siti Wan Kembang’. Baginda mempunyai seekor kijang yang amat disukai Baginda, iaitu persembahan daripada rakyat Baginda yang tinggal di Gunung Ayam. Gambar kijang ini telah diterap di atas wang emas dengan perbelanjaan negeri, dan kemudiannya diabadikan pula sebagai sebahagian daripada daripada lambang kebesaran negeri Kelantan yang berkekalan hingga ke hari ini.”

Cik Siti Wan Kembang mangkat 



Dalam masa pemerintahan Cik Siti Wan Kembang yang memerintah di Gunung Chinta Wangsa itu, maka disebelah timur laut negeri Kelantan telah timbul sebuah lagi kerajaan berpusat di Jembal, dibawah pemerintahan Raja Sakti 1638M (1046H). Setelah Baginda mangkat, maka putera Baginda, Raja Loyor telah ditabal menjadi Raja pada 1649M (1059H). Baginda dianugerahkan dengan dua orang cahayamata iaitu seorang putera, Raja Sakti yang mangkat sejak kecil lagi dan seorang puteri bernama Puteri Saadong. Hubungan baik telah terjalin di antara Kerajaan Cik Siti Wan Kembang di Gunung Chinta Wangsa, dengan Kerajaan Loyor di Jembal. Baginda Cik Siti Wan Kembang telah mengambil Puteri Saadong sebagai anak angkat yang akan mewarisi takhta kerajaan sepeninggalannya nanti, kerana Baginda tidak mempunyai puteri ataupun putera sebab baginda tidak pernah berkahwin. Puteri Saadong seorang gadis ayu yang cantik dan jelita, digelar oleh penduduk Gunung Chinta Wangsa sebagai Puteri Wijaya Mala. Perihal kecantikan Puteri Saadong itu telah sampai kepada Maharaja Siam yang menghantar utusan untuk meminang Puteri Saadong, tetapi ditolak. Puteri Saadong telah dikahwinkan dengan Raja Abdullah iaitu sepupunya, dan telah dimahkotakan di Kota Tegayong (Tanah Serendah Sekebun Bunga Cherang Tegayong) dan kemudiannya dipindahkan ke Kota Jelasin di Kota Mahligai.”
PETIKAN DARI:
http://faktafaktamenarik.com/fakta-menarik-tentang-cik-siti-wan-kembang.html

fAKta(bETul kE x nie??) lagi......






FAKTA MENARIK TENTANG TIDUR
  • Tanpa makanan, manusia boleh hidup selama lebih kurang 14 hari, tetapi tanpa tidur, manusia hanya boleh bertahan selama 10 hari.
  • Mamalia yang paling lama tidur adalah Koala (22jam), Kelawar (19jam) dan tenggiling (18 jam) manakala mamalia yang tidur paling sekejap pula adalah zirafah (2 jam), rusa (3 jam) dan gajah Asia (3 jam lebih sikit).
  • Apabila Dolphin tidur, hanya separuh otaknya akan nyahaktif, lagi separuh digunakan untuk membantu proses pernafasan.
  • Mengikut kajian pakar, 1 daripada 4 pasangan tidur di katil berasingan.
  • Bermimpi adalah normal tidak kira ianya mimpi ‘indah’ atau ngeri. Mereka yang tidak bermimpi selalu dikaitkan dengan masalah peribadi atau personaliti.
  • Perkara yang berlaku ketika tidur ialah otak akan berehat, sel-sel rosak diperbaiki dan mengeluarkan hormon-hormon tertentu.
  • Selalunya 70% dari mimpi seorang lelaki adalah tentang lelaki yang lain dan 30% tentang perempuan manakala bagi seorang perempuan, 50-50 tentang lelaki-perempuan lain.
  • Selalunya kita hanya akan bermimpi tentang seseorang yang kita pernah lihat tidak kira sama ada masih ingat atau tidak.

Wednesday, August 10, 2011

fAKta(bETul kE x nie??)









Fakta Tentang Pokok Kurma Dan Buah Kurma (Tamar)”

Kurma adalah sejenis tumbuhan (Palma) atau dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai Phonex dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan sama ada yang masak atau yang mentah. Kebanyakan pokok kurma tumbuh di negara-negara Arab dan mempunyai berbagai-bagai jenis. Antara kurma yang terkenal ialah kurma Mekkah dan Madinah yang dikatakan mempunyai berpuluh-puluh jenis. Dikalangan penduduk di negara-negara Arab kurma adalah makanan utama mereka, malah dikalangan orang kita juga buah kurma sudah menjadi bahan makanan yang digemari. Selain rasanya yang manis dan tahan lama serta tidak perlu dimasak, kurma juga mempunyai khasiat yang banyak dan menjadi makanan utama Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.”

Buah Kurma Dalam Kehidupan Umat Islam Seharian.


 Diriwayatkan daripada Abdullah bin Jaafar katanya : “Aku melihat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam memakan buah-buahan dengan buah kurma masak. Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah menyebutkan tentang khasiat sejenis kurma yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud : “Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : “Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’ (buah kurma) dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu”. Khasiat kurma “Ajwah” sebagaimana yang tersebut di dalam hadis di atas merupakan satu kelebihan yang dikurniakan Allah Subhanahu Wataala sesuai dengan kemuliannya sebagai jenis kurma pertama yang ditanam sendiri oleh Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Terdapat juga di dalam al-Qur’an ayat yang menyatakan tentang kelebihan buah kurma ini, yang dialami oleh Sayydatuna Maryam ketika beliau mengandung Nabi Isa ‘Alaihi Salam sebagaimana tersebut di dalam surah Maryam ayat 25 : Maksud Firman Allah swt dalam surah Maryam: Ayat 25-26. “Dan goyanglah pangkal pohon kurma tu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu, maka makan serta minumlah dan bersenang hatilah kamu.” “Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terpadat buah kurma, maka Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa terguk air.”
Khasiat Buah Kurma (Tamar) 


1. Buah Kurma dapat mencegah Penyakit Kronik Seperti Jantung & Kencing Manis , amalan memakan buah kurma setiap hari boleh mengurangkan risiko seseorang itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis kerana mengandungi zat galian seperti potasium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah merah.Berdasarkan kajian Kaum Arab Badui, yang makan buah kurma secara teratur, menunjukkan kadar pengidap penyakit kanser dan jantung yang sangat rendah. 


2. Buah kurma mampu memanaskan badan dan merangsang kesihatan wanita hamil dan anak yang dikandung, memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga tambahan. 


3. Saidina Ali r.a. meriwayatkan “Barang siapa yang memakan 7 butir tamar (buah kurma) setiap hari, ia akan membunuh semua kuman di dalam badannya”. 


4. Kanak-kanak digalakkan memakan lebih banyak buah kurma kerana ia memberi khasiat dari segi proses pembesaran, sekaligus membentuk minda kanak-kanak yang sihat. 


5. Membentuk Sifat Penyabar, Bersopan Santun Dan Cerdas Pemikiran Maksud hadis Rasulullah s.a.w. : “Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu, menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.” “Melentur buluh biar dari rebungnya.” Islam mengajar kita mendidik anak sejak dari dalam kandungan ibu agar anak yang bakal dilahirkan itu dibentuk mengikut rohaniah yang suci serta memiliki tubuh badan yang sihat dan minda yang cerdas. Buah kurma merupakan makanan yang mampu membentuk insan yang berperibadi luhur. 


6. Mengambil Keberkatan Sewaktu Kelahiran. Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a. katanya: “Anakku lahir, lalu aku membawanya kepada Nabi s.a.w. lalu baginda menamakannya dengan nama Ibrahim dan meletakkan pada lelangitnya dengan buah kurma.” 


7. Buah Kurma Makanan Yang Paling Sempurna.Maksud Sabda Rasulullah s.a.w. : “Rumah yang tiada kurma nescaya penghuninya kelaparan.”


 8. Melalui petua tertentu, buah kurma dimakan bersama badam dan madu untuk menyembuhkan penyakit. Buah kurma dikatakan menambah tenaga seksual atau batin. Jus buah kurma mungkin baru di negara ini, sebaliknya di negara pengeluar selain dimakan segar, kering atau salai, buah kurma dibuang biji dan diganti dengan kacang tanah, badam atau gajus bagi mengenakkannya. Buah kurma juga dibuat jem, sirap atau bahan tambahan dalam aiskrim. 


9. Kandungan vitamin A dan C adalah amat tinggi apabila buah kurma di peringkat Rotab atau khalal 


10. Buah Kurma kaya dengan serat yang dapat mencegah dari mendapat barah usus. Walaupun buah padang pasir itu sukar dibeli dinegara ini selain Ramadhan, orang ramai khususnya umat Islam boleh menjadikan jus buah kurma yang dipasarkan sebagai pilihan alternatif.Selain berbuka puasa, buah kurma juga harus menjadi makanan pilihan umat Islam ketika bersahur seterusnya menjana tubuh sehingga waktu berbuka. Banyak khasiat buah serta tumbuh-tumbuhan yang Allah jadikan yang masih manusia tidak tahu . Dengan sebab itulah pengambilan buah kurma itu tidaklah sekadar penting pada bulan puasa atau ketika seseorang itu sedang berpuasa, sebaliknya memakan buah kurma wajar dijadikan amalan harian.”



PETIKAN DARI:http://faktafaktamenarik.com/fakta-menarik-tentang-buah-kurma.html

Friday, January 21, 2011

aSAl-uSUl aKu................

aSSalAmUAlaIKum sAEm2 bELak0...mul02 kALi aKU n0P bAGitAW ....nAMa aKu dIBerI m0Hd aFFanDi Bin aLAmi hASil dARi pBIcangan FAmilY lEPas aKu sEDut 0XciGEn bUMI cipTaaN ILLAHI.....nAMa aKU xlaH secANGgih yG DiIMpiKan dAN xseCaNGgih nAMa aYAh akU(aLAmi) yG berASAl dARi k0ta BHAru...kADAng2 2 aKU dNgKI g0P...mASe sc00l duLU..naMA aYAh aKU ag mEN0njol dARi nAMa Aku...hahahha..tApi Aku baNGGa...nAMa aYAh jADI sEBUtan tIMe 2.....jgn PErli sudah la k...:-)...iBU akU lak aSal jERteH(gANU)...mGAndung dAn sETerusNya kuAW la m0hd AFFandi kAt h0Spital mAChang KElatE....
Dan tElah mEnetap Di sEbuah KAmpung yG gANjil bUNyi nyERR..iAitu Hutan kuin...iKUt hati kAu orG lah gaNjil ke x KAn..tapI bG aKU ...Aku rESpest...bak kAmpung NIe bEnarNYER dIbukA sENdirI 0lEh Datuk Aku tIme jEpun TgAh jAJah dulu tANah meLAYu...sEBAb dAtUK aKU bG NamA KaMPUNg huTAn kuIN..sEBab sEJenIs p0kok yG mEluAs(p0kok KUIn) teLAh dIGUnaKn duLu 0LEh Datuk dAN genG2NyeR tUK bAkAr Ubi kayu...hMMmmm..besT g0p maKE 2..p0kok 2 tELAh dijAdikN aRang tIme dulU2...